Jenayah Ragut

50 peratus kes ragut dilakukan penagih dadah

Oleh:

Pn. Noorhayati bt. Juriamin
En. Muhammad Yusri bin Yusof
(Guru SK Dusun Nanding)

Masalah penagihan dadah dan peningkatan jumlah penganggur ekoran kelembapan ekonomi adalah antara faktor pendorong kepada peningkatan jenayah ragut.
Malah sebanyak 50 peratus daripada 1,206 kes jenayah ragut yang berlaku di ibu negara dipercayai dilakukan oleh penagih dadah.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, faktor terdesak untuk mendapatkan bekalan dadah mendorong penagih untuk terbabit dengan jenayah ragut.
''Mereka memerlukan dadah pada setiap hari, kalau penagih ini tidak ada duit mereka tidak mampu untuk mendapatkan bekalan dadah.
''Pada pemantauan saya sebanyak 50 peratus peragut terdiri daripada golongan penagih dan saya berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dapat mengambil perhatian,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, semalam mengenai jenayah ragut di ibu negara semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply