Pencegahan Jenayah Ragut

Disediakan oleh:

Muhammad Yusri bin Salleh
&
Norhayati bt. Juriamin



Pencegahan Jenayah Ragut



1)Selalu gunakan jalan dan lorong yang ramai orang lalui. Jangan berjalan atau bersiar-siar di tempat gelap.

2)Jika terpaksa keluar di waktu malam cuba bawa teman.

3)Jangan memakai barang-barang kemas dengan banyak. Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam raga membeli-belah atau di atas kaunter.

4)Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan laulintas.

5)Hendaklah berwaspada selalu, andainya anda merasai seseorang yang mencurigakan mengekori anda, hendaklah dengan segera menuju ke tempat lain.

6)Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk gengam beg duit dengan kuat atau sembunyi beg itu di tempat yang tidak terdedah.

7)Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal.

8)Jikalau membawa anak-anak kecil ke bandar, tanggalkan barang-barang kemas yang di pakai olehnya.

9)Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, keretapi, panggung wayang atau tempat sesak supaya dapat mengelak daripada kena ragut.

10)Bila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda biasa. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
1 Response
  1. salam cikgu yusri dan cikgu hayati..
    saya sedang mencari ikrar bagi kelab cegah jenayah..saya dah google merata2 tapi xjumpa..tapi saya terjumpa blog ni..mungkin cikgu2 boleh membantu saya..

    p/s: saya lihat bahagian post date kat blog ni hanya ada undefined je..cikgu kena tukar setting bg date & timestampnya (pada page settings>formatting) ..
    date header -> cth: Sunday,April 12,2009
    timestamp -> cth: 5:09PM

    p/s/s: mintak tolong ye cikgu..huhuh..

Leave a Reply